Berita Terkini

KLIP VIDEO SMAP BENTONG(SUPERB) "AKU KASIH MALAYSIA" SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA #malaysia #MalaysiaMadani#akukasihMalaysia#2026
View on Facebook (opens in a new tab)
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIHPROGRAM CARING TUTOR"Bersama Alumni, Mendidik Generasi, Melonjak Kecemerlangan"📅 24 – 27 Ogos 2026🗓️ Isnin hingga KhamisSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan khidmat bantu bersama Guru Tingkatan 5 bagi membantu meningkatkan kecemerlangan calon SPM Al-Qaradhawi.Pihak sekolah amat menghargai komitmen, keikhlasan dan kesudian para alumni kembali menyumbang kepada sekolah. Sumbangan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bukan sahaja membantu guru, malah menjadi inspirasi kepada generasi SUPERB untuk terus melakar kejayaan.Terima kasih, alumni SUPERB.
View on Facebook (opens in a new tab)
Khamis (27/8/2026)Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua, para pentadbir, GKMP Bahasa, JK NILAM, guru-guru BM dan BI, guru-guru SUPERB, teknikal SUPERB dan semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.Berikut merupakan keputusan bagi Pertandingan Akhir Pembaca Bestari Peringkat Daerah Bentong 2026 yang telah berlangsung pagi tadi.Kategori SMBM:🥇ANIS HABRIYAH BINTI MUHAMMAD FAHMIRAUF-JOHAN (akan mewakili Bentong ke peringkat negeri Pahang) ⭐️⭐️Kategori SMBI:🏅MUHAMMAD DANIAL QAYYUM BIN MOHD FAIZAL – TEMPAT KE-4Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta
View on Facebook (opens in a new tab)
PERTANDINGAN SORAKAN MERDEKA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026Tarikh : 26/8/2026Hari : RabuMasa : 2.30 PTG HINGGA 5.00 PTGTempat : ASTAKA SUPERBAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah pada hari semalam telah berlangsung Pertandingan Sorakan Merdeka Sempena Bulan Kebangsaan 2026 peringkat sekolah. Tahniah diucapkan kepada rumah Al-Biruni kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli rumah Al-Zarqali, Al-Farabi dan Al-Battani diatas usaha dan sorakan yang penuh semangat! Semoga program ini dapat memupuk semangat cinta akan negara dan jiwa patriotisme. Merdeka!
View on Facebook (opens in a new tab)
Alhamdulillah, pasukan telah menyertai Pertandingan IIUM Robotic Competition 2026 bertempat di IIUM Gombak yang melabuhkan tirainya semalam.Tarikh : 24/07/2026 (Jumaat) Hingga 26/07/2026 (Ahad)Berikut pencapaian pasukan Robotik SUPERB:Kategori Coding Mission-Johan 🥇Peserta: Damia Hasya Arissa Binti A'bdul Hadi Champion : Al Jazari Fighter (Malaysia)1st Runner Up : Iran2nd Runner Up : IndonesiaKategori Robot Sumo – PenyertaanKategori Time Rush – Penyertaan Jutaan terima kasih buat barisan para pentadbir, guru-guru, warden dan semua yang memberikan sokongan serta bantuan sepanjang pertanding#robotiksuperbu#teras2rpms2RPM
View on Facebook (opens in a new tab)

Barisan Pentadbir SUPERB

MUHAMMAD JOHA BIN A.WAHAB @ MOHD

Pengetua

FADILAH BINTI ALIAS

Penolong Kanan Pentadbiran

NOORAZLAN BIN MOHAMAD

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

AIZASHARIZAM BIN ABDULLAH ZAWAWI

Penolong Kanan Kokurikulum

Logo Sekolah

Warna latar belakang hitam dan putih :
Mencerminkan warna negeri Pahang Darul Makmur.

Kitab dan rehal :
Imej Al-Quran menggambarkan SUPERB sebagai salah satu sekolah agama dan yang Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) ketiga dalam Malaysia.

Simbol atom :
Mencerminkan kombinasi pemodenan, sains, teknologi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kajian untuk membolehkan pelajar lebih berdaya saing dan produktif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Gading :
Gading menunjukkan harapan dan aspirasi pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga universiti, atau lebih dikenali sebagai ‘Menara Gading’.

Slogan di tengah-tengah lencana (AGAMA, ILMU, AMAL) :
Ia bermakna agama dan kepercayaan adalah sangat penting bagi manusia sebagai khalifah Allah. Adalah menjadi teras dan keutamaan setiap manusia di dunia ini.