KLIP VIDEO SMAP BENTONG(SUPERB) "AKU KASIH MALAYSIA" SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA![]()
#malaysia
#MalaysiaMadani
#akukasihMalaysia
#2026
…
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH![]()
PROGRAM CARING TUTOR
"Bersama Alumni, Mendidik Generasi, Melonjak Kecemerlangan"![]()
📅 24 – 27 Ogos 2026
🗓️ Isnin hingga Khamis![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan khidmat bantu bersama Guru Tingkatan 5 bagi membantu meningkatkan kecemerlangan calon SPM Al-Qaradhawi.![]()
Pihak sekolah amat menghargai komitmen, keikhlasan dan kesudian para alumni kembali menyumbang kepada sekolah. ![]()
Sumbangan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bukan sahaja membantu guru, malah menjadi inspirasi kepada generasi SUPERB untuk terus melakar kejayaan.![]()
Terima kasih, alumni SUPERB.
…
Khamis (27/8/2026)![]()
Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua, para pentadbir, GKMP Bahasa, JK NILAM, guru-guru BM dan BI, guru-guru SUPERB, teknikal SUPERB dan semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.![]()
Berikut merupakan keputusan bagi Pertandingan Akhir Pembaca Bestari Peringkat Daerah Bentong 2026 yang telah berlangsung pagi tadi.![]()
Kategori SMBM:
🥇ANIS HABRIYAH BINTI MUHAMMAD FAHMIRAUF-JOHAN (akan mewakili Bentong ke peringkat negeri Pahang) ⭐️⭐️![]()
Kategori SMBI:
🏅MUHAMMAD DANIAL QAYYUM BIN MOHD FAIZAL – TEMPAT KE-4![]()
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta
…
PERTANDINGAN SORAKAN MERDEKA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026![]()
Tarikh : 26/8/2026
Hari : Rabu
Masa : 2.30 PTG HINGGA 5.00 PTG
Tempat : ASTAKA SUPERB![]()
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah pada hari semalam telah berlangsung Pertandingan Sorakan Merdeka Sempena Bulan Kebangsaan 2026 peringkat sekolah. Tahniah diucapkan kepada rumah Al-Biruni kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli rumah Al-Zarqali, Al-Farabi dan Al-Battani diatas usaha dan sorakan yang penuh semangat! Semoga program ini dapat memupuk semangat cinta akan negara dan jiwa patriotisme. Merdeka!
…
Alhamdulillah, pasukan telah menyertai Pertandingan IIUM Robotic Competition 2026 bertempat di IIUM Gombak yang melabuhkan tirainya semalam.![]()
Tarikh : 24/07/2026 (Jumaat) Hingga 26/07/2026 (Ahad)![]()
Berikut pencapaian pasukan Robotik SUPERB:
Kategori Coding Mission-Johan 🥇
Peserta: Damia Hasya Arissa Binti A'bdul Hadi ![]()
Champion : Al Jazari Fighter (Malaysia)
1st Runner Up : Iran
2nd Runner Up : Indonesia![]()
Kategori Robot Sumo – Penyertaan![]()
Kategori Time Rush – Penyertaan ![]()
Jutaan terima kasih buat barisan para pentadbir, guru-guru, warden dan semua yang memberikan sokongan serta bantuan sepanjang pertanding#robotiksuperbu#teras2rpms2RPM
…
Syukur Alhamdulillah pasukan Techlympics SUPERB telah berjaya menjadi johan bagi kategori Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC) dan tempat ketiga bagi kategori Cabaran Drone Navigator peringkat Zon Timur 1.0 seterusnya mewakili negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan di MAEPS Serdang pada November 2026 nanti.![]()
Sekalung penghargaan diucapkan buat ayahanda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SUPERB di atas sokongan dan doa yang dititipkan kepada pasukan Techlympics SUPERB.
…
Majlis Penganugerahan Eco-School bagi sekolah di bawah tajaan Yayasan Axiata anjuran Green Growth Asia Foundation yang berlangsung di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak telah selesai lancar dan jayanya.![]()
Alhamdulillah, Eco-School SUPERB secara rasminya telah dianugerahkan dengan anugerah Green Flag dan ketika sesi penganugerahan, Eco-School SUPERB juga diberikan satu lagi anugerah tambahan (Anugerah Kelestarian) daripada 6 anugerah tambahan disediakan. ![]()
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ayahanda Tuan Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru Eco-School serta seluruh warga SUPERB atas sokongan, dorongan dan doa yang sentiasa mengiringi perjalanan Eco-School SUPERB.
…
Menimba ilmu dan memperkukuh integrasi teknologi pendidikan demi melangkah ke hadapan.![]()
Alhamdulillah, telah selesai lawatan penanda aras ke Spectrum International School bagi meneliti amalan terbaik penggunaan Google Workspace for Education dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC). Perkongsian praktikal dan pembudayaan ekosistem digital di sini memberi banyak inspirasi baharu untuk diaplikasikan.![]()
Sesi diteruskan dengan Mesyuarat Pelaksanaan Pre-Google Reference School bersama pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP). Perbincangan strategik ini memfokuskan kepada hala tuju pensijilan, pemerkasaan kapasiti guru, dan pelan tindakan ke arah mencapai pengiktirafan Google Reference School.![]()
Terima kasih diucapkan kepada Spectrum International School atas sambutan mesra serta BPSBP atas pemilihan SUPERB sebagai projek rintis dan sokongan berterusan dalam memacu transformasi digital sekolah.
…
Kejohanan Ping Pong MSSD 14-16 julai 2026![]()
Keputusan ping pong MSSD : ![]()
Bawah 15 :![]()
Johan : SUPERB MUHAMMAD AAKIF AIMAN BIN ZAINAL![]()
Naib Johan : SUPERB MUHAMMAD ALIF ASYRAF HAIKAL BIN ZAINAL![]()
Bawah 18 : ![]()
Johan : SUPERB MUHAMMAD ALIF ASYRAF HAIKAL BIN ZAINAL![]()
Naib Johan : SUPERB MUHAMMAD AAKIF AIMAN BIN ZAINAL![]()
Tempat Ketiga : SUPERB ZAYD BIN MUHAMMAD IKHWAN ![]()
Perempuan: Penyertaan![]()
………………………….![]()
Wakil Bentong ke MSSP:![]()
1. MUHAMMAD AAKIF AIMAN BIN ZAINAL
2. MUHAMMAD ALIF ASYRAF HAIKAL BIN ZAINAL
3. ZAYD BIN MUHAMMAD IKHWAN
…
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong
added 9 new photos.
3 weeks ago
🏆KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS PAHANG 2026⚽![]()
Tahniah diucapkan kepada MSSD Bentong U15 atas pencapaian Naib Johan dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSS Pahang 2026 semalam 13 Ogos 2026 di Padang SUPERB ! 🥈👏![]()
Setinggi-tinggi tahniah juga buat 4 orang pemain SUPERB FC yang telah terpilih dan terlibat mewakili MSSD Bentong U15 dan seorang pemain SUPERB FC mewakili U18 ke MSS Pahang 2026. 🔥💪![]()
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, barisan pentadbir, guru-guru, barisan jurulatih serta semua pihak yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan doa sehingga pasukan berjaya melakar kejayaan ini.![]()
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada para ibu bapa dan penyokong yang sentiasa hadir memberikan semangat kepada para pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Sokongan anda menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan.![]()
Pengalaman, usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan. Teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.![]()
Tahniah & syabas!
SUPERB FC — Proud of You! 💙⚽🏆![]()
#MSSPahang2026 #MSSP2026 #MSSDBentong #SUPERB #SUPERBFC #BolaSepak #NaibJohan
…
🌺 MAJLIS AGIHAN KAIN BATIK PAHANG 1ST WARGA GURU SUPERB 🌺![]()
📍Alhamdulillah ,sesi penyerahan Kain Baju Batik Pahang kepada semua guru dilaksanakan pada hari ini 11 Ogos 2026 oleh AJK Kelab Warga Superb ( KWS)![]()
📍Sumbangan eksklusif ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam memperkasakan identiti korporat dan jati diri penjawat awam Pahang![]()
📍Terima kasih YAB Dato' Sri Diraja Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat perpaduan dan kecemerlangan warga#Pahang1st##adabdulubaruilmul#superbmelangkauikecemerlanganduniadanakhiratdanakhirat
…
🏐KEJOHANAN BOLA TAMPAR U15 TERTUTUP PAHANG 2026🏐![]()
8 Ogos 2026
📍 Dewan Serbaguna, Kampung Perting![]()
🏆Pencapaian:
Perempuan – KETIGA🥉
Lelaki – Penyertaan![]()
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, para pentadbir serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang kejohanan ini.![]()
Terima kasih juga kepada jurulatih Cikgu Fadhil, Pengurus Pasukan Ust Izzul, Cikgu Fatiman Aman, Ust Ibrahim dan pihak penganjur serta penyokong terutamanya ibu bapa dan alumni SUPERB yang sentiasa bersama memberi semangat kepada pasukan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.![]()
Moga pengalaman sepanjang kejohanan ini memberi manfaat dan menjadi pembakar semangat buat para pemain untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. 💪✨![]()
#opengame #bolatampar #Hazard
…
🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-69 PERINGKAT SMAP BENTONG (SUPERB) ![]()
Isnin (10/8/2026)![]()
Hari ini menandakan bermulanya kibaran megah Jalur Gemilang di bumi bertuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong. Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah hari ini, seluruh warga SUPERB dijemput untuk bersama-sama menyemarakkan lagi rasa cinta, taat setia, dan patriotisme terhadap tanah air tercinta.![]()
Bersama kita doakan agar bumi Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati, dan terus aman makmur di bawah lindungan Allah SWT.![]()
"SUPERB Unggul Pencetus Reformasi Berintegriti"![]()
#SUPERBUnggul #SMAPBentong #BulanKemerdekaan2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #SatuRumahSatuJalurGemilang
…
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!!![]()
Isnin (10/8/2026)![]()
Berikut merupakan murid-murid yang telah khatam 30 juzuk pada bulan Julai. Semoga diberikan kekuatan ingatan dan kelancaran lidah untuk terus mengulang al-Quran. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan terima kasih semua guru yang mendidik.
…
𝐊𝐞𝐦 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐒𝐩𝐫𝐢𝐧𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔![]()
2/8/2026 (Ahad)![]()
Assalamualaikum WBT.![]()
الحمد لله ثم الحمد لله 🤲![]()
Alhamdulillah, Kem SPRINT Siri 1 (30 Julai – 2 Ogos 2026) telah melabuhkan tirainya. Semoga segala ilmu, hafazan, disiplin dan ukhuwah yang diperoleh sepanjang kem menjadi bekalan yang bermanfaat buat semua peserta.![]()
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Muhammad Joha (Pengetua), barisan pentadbir, guru-guru, JK Klinik Hifz, urus setia serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.![]()
Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa atas doa dan sokongan yang berterusan.![]()
Semoga setiap usaha dan pengorbanan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.![]()
Tahniah kepada semua peserta dan jazakumullahu khairan jaza’. ✨
…
𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌![]()
Tarikh: 5 Mei 2026
Sasaran: Tingkatan 1, 2 dan 3![]()
Penceramah 1 : Dr.Amir Thaqif bin Hamzah
Penceramah 2 : Pn.Nurfizriah bt Mohd![]()
Anjuran: Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Dengan Kerjasama:
Unit Psikologi Dan Kesihatan Mental,Hospital Bentong![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Unit Psikologi dan Kesihatan Mental, Hospital Bentong atas kerjasama serta perkongsian ilmu dalam menjayakan Mental Health Awareness Program.![]()
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, membina daya tahan diri, menghapuskan stigma terhadap isu kesihatan mental serta mendorong mereka mendapatkan bantuan apabila diperlukan demi melahirkan generasi yang sejahtera, berdaya tahan dan cemerlang.
…
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐮𝐦𝐧𝐢
🎓𝐌𝐨𝐭𝐢𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧
𝐇𝐚𝐥𝐚𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 ![]()
Tarikh :30 Julai 2026
Masa: 3.00-5.00 Petang
Tempat: Surau Raudhatul Faalihin
Sasaran: Tingkatan 5
Anjuran: Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Dengan Kerjasama:
Jawatankuasa Penyelarasan Program Alumni,
Alumni Superb,
Yosh MyFundAction![]()
Semoga program ini menjadi pencetus semangat kepada setiap murid untuk berani memasang impian, merancang masa depan dengan jelas serta merebut peluang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.![]()
Mudah mudahan segala usaha yang dilakukan dipermudahkan dan melahirkan generasi yang cemerlang dalam ilmu, berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara
…
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝
" 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫 𝐏𝐚𝐭𝐡 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧"![]()
12/7/2026 (Ahad)![]()
Sasaran: Murid Tingkatan 5 dan 4
Anjuran:
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Dengan Kerjasama:
Jawatankuasa Penyelarasan Program Alumni
Alumni Superb
Yosh MyfundAction![]()
Semoga Program Pendidikan Kerjaya Murid "Career Path Exploration" ini dapat membuka minda murid terhadap pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya, meningkatkan motivasi untuk merancang masa depan dengan lebih jelas serta membantu mereka membuat pilihan yang tepat berdasarkan minat, potensi dan kebolehan diri demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
…
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐨𝐭𝐢𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌
“𝐒𝐭𝐮𝐝𝐲 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐞𝐬 𝐈𝐦𝐩𝐫𝐨𝐯𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭"![]()
📅 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang![]()
Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya hasil sokongan padu daripada semua pihak.![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, khususnya Ayahanda Pengetua serta PK Pentadbiran atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program ini.![]()
Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga kepada pihak PIBG atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program hari ini. ![]()
Semoga segala usaha yang dilaksanakan pihak sekolah menjadi asbab peningkatan motivasi, pengukuhan kemahiran belajar serta seterusnya membawa kecemerlangan kepada anak-anak Al-Qaradhawi dalam peperiksaan SPM.
…
Khamis (30/7/2026)![]()
Alhamdulillah, Program Muqabalah Al-Aaba’ Tingkatan 4 (Batch Al-Asqalani) telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.![]()
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah hadir serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.![]()
Semoga jalinan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi merealisasikan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan Batch Al-Asqalani. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
…
Alhamdulillah, Program Celik Al-Quran telah melabuhkan tirainya setelah berjaya dilaksanakan sebanyak 10 siri bermula 16 April sehingga 23 Julai 2026.![]()
Program ini melibatkan 10 orang tenaga pengajar daripada SUPERB yang telah membimbing seramai 156 orang peserta daripada MRSM. ![]()
Jalinan kerjasama antara MRSM dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) menerusi Program Celik Al-Quran menjadi bukti komitmen kedua-dua institusi dalam melahirkan generasi yang celik Al-Quran dan berakhlak mulia.![]()
Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah dan memberi manfaat yang berterusan kepada semua peserta.
…
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍![]()
Selasa (28/7/2026)![]()
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Rose Aza bin Che Arifin, S.M.P. atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan berkuat kuasa 29 Julai 2026.![]()
Seluruh warga SMAP BENTONG mendoakan agar YBrs. Tuan diberi kekuatan dalam memimpin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh ke arah kecemerlangan pendidikan negara.![]()
Ikhlas daripada
Seluruh Warga SMAP BENTONG
…
2 months ago
[🎉 TAHNIAH & SYABAS: GURU CEMERLANG SEKOLAH KITA 🎉]![]()
Seluruh warga SM Agama Persekutuan Bentong ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Hawa Husna dan Ustazah Nurul Najihah atas penganugerahan sebagai Guru Cemerlang. Anugerah ini adalah bukti pengorbanan, komitmen, dan kreativiti mereka dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah kita.Terima kasih atas segala jasa dan inspirasi! ![]()
🌟#GuruCemerlang #HebatkanSUPERB #TerimaKasihCikgu #InspirasiPendidikan
…
2 months ago
Khamis (16/7/2026)![]()
Perlawanan Persahabatan Badminton antara team SUPERB dan PPD Bentong![]()
Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Bentong kerana sudi bertandang ke arena SUPERB..![]()
Semoga usaha ini dapat mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga SUPERB dan PPD Bentong.![]()
Di dahan ara hinggap kenari,
Hinggap sekawan di pohon jati,
Terima kasih sudi ke mari,
Ada kekurangan harap dimaafi
…
2 months ago
Rabu (15/7/2026)![]()
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga YBrs. Dr. Zakiah binti Shafiee terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang menggalas amanah baharu demi kemajuan pendidikan negara.![]()
Ikhlas daripada
Pengetua dan Seluruh Warga SMAP BENTONG
…
