๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐! ๐![]()
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pencapaian cemerlang SMAP Bentong dalam Majlis Anugerah Pencapaian Sekolah Berasrama Penuh 2025.
Pencapaian ini bukan sekadar angka dan anugerah, tetapi merupakan hasil kerja berpasukan, kesungguhan, doa dan komitmen seluruh warga SUPERB.![]()
๐ Tahniah dan penghargaan buat barisan guru yang terus mendidik dengan penuh dedikasi,
๐ Warga AKP yang sentiasa memastikan urusan sekolah berjalan lancar,
๐ Pekerja-pekerja swasta yang turut menyumbang tenaga dan khidmat terbaik,
๐ Ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan doa,
๐ Serta paling istimewa, anak-anak SUPERB yang hebat kerana telah memberikan komitmen, kesungguhan dan usaha yang tinggi sehingga mengharumkan nama sekolah.![]()
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Setiap usaha, sekecil mana pun, telah menyumbang kepada pencapaian yang membanggakan ini.![]()
Tahniah warga SMAP Bentong!![]()
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan tawakal.![]()
SUPERB Melangkaui Kecemerlangan Dunia dan Akhirat. ๐๐
…
Assalamualaikum, ![]()
๐๐ฅ Tahniah dan syabas diucapkan buat peserta SUPERB mewakili daerah Bentong, iaitu ANIS HABRIYAH BINTI MUHAMMAD FAHMIRAUF (3IM) yang telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Pahang 2026 Kategori SMBM baru-baru ini.![]()
๐ป๐ป Pencapaian ini telah melayakkan Anis Habriyah untuk mewakili negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan.![]()
๐น Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Pengetua atas kata-kata semangat yang telah diberikan, para pentadbir, GKMP Bahasa, JK NILAM, guru-guru BM, teknikal SUPERB dan semua guru yang telah mendoakan serta memberi kebenaran buat murid ini untuk menghadiri sesi latihan. Mohon doa semua buat peserta sekolah kita untuk peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan..![]()
Terima kasih semua ๐คฒ
…
Seluruh warga SUPERB mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua alumni Batch Al-Abqori yang berjaya mendapat tajaan biasiswa pendidikan untuk menyambung pengajian di peringkat seterusnya!![]()
Semoga terus berjaya dalam menempuh perjalanan ilmu, mencapai kecemerlangan dan menggapai cita-cita yang diimpikan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada Batch SPM seterusnya untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ![]()
Tahniah dan selamat maju jaya buat semua alumni SUPERB! ๐โจ
…
Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post
…
๐ท SETULUS PENGHARGAAN & JUTAAN TERIMA KASIH ๐ท![]()
PROGRAM KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHAP SULONG SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2026![]()
๐
9 โ 12 September 2026 (Rabu โ Sabtu)![]()
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.![]()
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Tirai program dilabuhkan dengan penuh rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang masa, tenaga, komitmen dan kerjasama.![]()
Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Agama Persekutuan Bentong, selaku penyelaras program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SUPERB, khususnya Tuan Pengetua dan PK HEM, atas sokongan, kepercayaan dan bimbingan yang diberikan.![]()
๐ Penghargaan istimewa kepada:
EN. MOHD FAZLY BIN MUSTAPHA
Ketua Penolong Pengarah, Unit Kepemimpinan, Bantuan Disiplin dan Kaunseling, BPSBP
atas kesudian merasmikan program serta menyampaikan amanat kepada para peserta.![]()
EN. MOHAMAD RIDZWAN BIN ALI
Penolong Pengarah, Unit Kepemimpinan, Bantuan Disiplin dan Kaunseling, BPSBP
atas bimbingan, panduan dan sokongan kepada pihak tuan rumah dan GBK Zon Tengah.![]()
๐ท Jutaan terima kasih kepada seluruh Guru Bimbingan dan Kaunseling serta fasilitator Majlis Guru Kaunseling Zon Tengah atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program.![]()
๐ Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar dan warga sekolah Daerah Bentong yang telah menerima dan memberikan kerjasama dalam pelaksanaan Program OPTIMA PRS:
โข SK Sungai Dua
โข SK Bukit Piatu
โข SK Lebu
โข SK Sulaiman
โข SK Felda Kampung Sertik
โข SK Sungai Marong
โข SK Felda Lurah Bilut
โข SK Tuanku Fatimah
โข SK Karak
โข SK Mempaga 1
โข SK Mempaga 2
โข SK Lentang![]()
๐ท Tidak dilupakan, penghargaan buat Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah yang menjadi penghubung, penggerak dan antara tulang belakang dalam menjayakan Program OPTIMA PRS.![]()
๐ท Akhir sekali, setulus penghargaan buat seluruh Jawatankuasa Kerja dan warga SUPERB yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala usaha, masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan amat kami hargai.![]()
๐ TAHNIAH & SYABAS!![]()
Tahniah kepada semua peserta PRS daripada 15 buah sekolah, SBP Zon Tengah yang telah menyertai program ini dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen.![]()
Semoga pengalaman, ilmu dan nilai kepemimpinan yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus menjadi pemimpin rakan sebaya yang berintegriti, beradab dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.![]()
Mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang program berlangsung. Semoga segala jasa dan pengorbanan semua pihak mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.![]()
Barakallahu fiikum. Jazakumullahu khairan kathira. ๐คฒ๐ป![]()
๐ท Terima kasih atas segala-galanya.
๐ท Daripada kami, warga tuan rumah SUPERB.![]()
โAdab Dulu, Baru Ilmuโ
SM Agama Persekutuan Bentong
…
PROGRAM KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP SULONG SEKOLAH BERASRAMA PENUH, PERINGKAT ZON TENGAH![]()
๐
9โ12 September 2026 (RabuโSabtu)![]()
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.![]()
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah tugasan 4 hari 3 malam, dan hari ini tirainya dilabuhkan.![]()
Pelbagai cabaran dan rintangan telah kita lalui, namun dengan kerjasama, kebersamaan dan komitmen yang padu, akhirnya amanah ini berjaya kita laksanakan dengan baik.![]()
Unit Bimbingan dan Kaunseling selaku penyelaras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan pentadbir, khususnya Tuan Pengetua dan PK HEM, atas sokongan, kepercayaan, dan bimbingan yang diberikan.![]()
Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Jawatankuasa Kerja yang telah mencurahkan masa, tenaga dan komitmen demi memastikan program ini berjalan lancar.![]()
Penghargaan juga buat Warden, CC, Penyelia Asrama, Pembantu Tadbir, Pemandu SUPERB, Pengawal Keselamatan, Team Pekerja Kebersihan,Team Kantin serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan semua yang dirancang berjaya dilaksanakan.![]()
๐ค Warga SUPERB memang hebat dan AWESOME!
Tanpa kalian, tidak mungkin program ini berjaya dilaksanakan.![]()
Semoga segala usaha, penat lelah dan pengorbanan kita semua menjadi amal yang bernilai di sisi Allah SWT dan mendapat ganjaran sebaik-baiknya.![]()
Jazakumullahu khairan kathira.
๐ท Terima kasih semua warga SUPERB ๐ท
…
PAMERAN DAN PERSEMBAHAN SEMPENA PERTANDINGAN AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-51 DAN HARI KEBITARAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2026![]()
Tarikh: 8-9 September 2026
Tempat: Universiti Multimedia, Cyberjaya![]()
Assalamualaikum wbt. ![]()
Alhamdulillah, SUPERB rasa bertuah apabila terpilih menyertai Pameran dan Persembahan sempena Bahas Piala Perdana Menteri kali ke-51 dan Hari Kebitaraan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2026 di Universiti Multimedia, Cyberjaya pada 8-9 September 2026.
SUPERB mempamerkan kejayaan anak-anak SUPERB dan menonjolkan pembelajaran secara interaktif serta berinpak tinggi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh atas kepercayaan yang diberikan kepada SUPERB. Terima kasih๐๐โจ
…
๐๐๐๐๐๐๐!!![]()
Rabu (9/9/2026)![]()
Berikut merupakan murid-murid yang telah khatam 30 juzuk pada bulan Ogos. Semoga diberikan kekuatan ingatan dan kelancaran lidah untuk terus mengulang al-Quran. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan terima kasih semua guru yang mendidik.
…
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Umar Hakim bin Zulkarnain atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Kejohanan MSSM 2026 bagi kategori Optimist B15! ๐๐![]()
Satu pencapaian yang membanggakan hasil daripada usaha, disiplin, semangat juang dan ketekunan. Teruskan berlatih, teruskan melangkah dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.![]()
Tahniah Umar! Kami bangga dengan kejayaanmu.
โต๐ช Terus belayar menuju kejayaan!
…
Jambori Pengakap Malaysia Ke-15![]()
Alhamdulillah, seramai 15 murid Pengakap 50 SUPERB telah menyertai Jambori Malaysia ke-15 di Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 29 Ogos hingga 4 September 2026, Pengakap 50 SUPERB berjaya mendapat Anugerah Pencapaian :![]()
Emas – 11 Orang
Perak – 4 Orang![]()
Terima kasih diucapkan kepada Pengetua, barisan pentadbir, guru Pengakap, guru-guru pengiring dan semua yang terlibat.
…
KLIP VIDEO SMAP BENTONG(SUPERB) "AKU KASIH MALAYSIA" SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA![]()
#malaysia
#MalaysiaMadani
#akukasihMalaysia
#2026
…
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH![]()
PROGRAM CARING TUTOR
"Bersama Alumni, Mendidik Generasi, Melonjak Kecemerlangan"![]()
๐
24 โ 27 Ogos 2026
๐๏ธ Isnin hingga Khamis![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan khidmat bantu bersama Guru Tingkatan 5 bagi membantu meningkatkan kecemerlangan calon SPM Al-Qaradhawi.![]()
Pihak sekolah amat menghargai komitmen, keikhlasan dan kesudian para alumni kembali menyumbang kepada sekolah. ![]()
Sumbangan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bukan sahaja membantu guru, malah menjadi inspirasi kepada generasi SUPERB untuk terus melakar kejayaan.![]()
Terima kasih, alumni SUPERB.
…
Khamis (27/8/2026)![]()
Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua, para pentadbir, GKMP Bahasa, JK NILAM, guru-guru BM dan BI, guru-guru SUPERB, teknikal SUPERB dan semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.![]()
Berikut merupakan keputusan bagi Pertandingan Akhir Pembaca Bestari Peringkat Daerah Bentong 2026 yang telah berlangsung pagi tadi.![]()
Kategori SMBM:
๐ฅANIS HABRIYAH BINTI MUHAMMAD FAHMIRAUF-JOHAN (akan mewakili Bentong ke peringkat negeri Pahang) โญ๏ธโญ๏ธ![]()
Kategori SMBI:
๐
MUHAMMAD DANIAL QAYYUM BIN MOHD FAIZAL – TEMPAT KE-4![]()
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta
…
PERTANDINGAN SORAKAN MERDEKA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026![]()
Tarikh : 26/8/2026
Hari : Rabu
Masa : 2.30 PTG HINGGA 5.00 PTG
Tempat : ASTAKA SUPERB![]()
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah pada hari semalam telah berlangsung Pertandingan Sorakan Merdeka Sempena Bulan Kebangsaan 2026 peringkat sekolah. Tahniah diucapkan kepada rumah Al-Biruni kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli rumah Al-Zarqali, Al-Farabi dan Al-Battani diatas usaha dan sorakan yang penuh semangat! Semoga program ini dapat memupuk semangat cinta akan negara dan jiwa patriotisme. Merdeka!
…
Alhamdulillah, pasukan telah menyertai Pertandingan IIUM Robotic Competition 2026 bertempat di IIUM Gombak yang melabuhkan tirainya semalam.![]()
Tarikh : 24/07/2026 (Jumaat) Hingga 26/07/2026 (Ahad)![]()
Berikut pencapaian pasukan Robotik SUPERB:
Kategori Coding Mission-Johan ๐ฅ
Peserta: Damia Hasya Arissa Binti A'bdul Hadi ![]()
Champion : Al Jazari Fighter (Malaysia)
1st Runner Up : Iran
2nd Runner Up : Indonesia![]()
Kategori Robot Sumo – Penyertaan![]()
Kategori Time Rush – Penyertaan ![]()
Jutaan terima kasih buat barisan para pentadbir, guru-guru, warden dan semua yang memberikan sokongan serta bantuan sepanjang pertanding#robotiksuperbu#teras2rpms2RPM
…
Syukur Alhamdulillah pasukan Techlympics SUPERB telah berjaya menjadi johan bagi kategori Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC) dan tempat ketiga bagi kategori Cabaran Drone Navigator peringkat Zon Timur 1.0 seterusnya mewakili negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan di MAEPS Serdang pada November 2026 nanti.![]()
Sekalung penghargaan diucapkan buat ayahanda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SUPERB di atas sokongan dan doa yang dititipkan kepada pasukan Techlympics SUPERB.
…
Majlis Penganugerahan Eco-School bagi sekolah di bawah tajaan Yayasan Axiata anjuran Green Growth Asia Foundation yang berlangsung di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak telah selesai lancar dan jayanya.![]()
Alhamdulillah, Eco-School SUPERB secara rasminya telah dianugerahkan dengan anugerah Green Flag dan ketika sesi penganugerahan, Eco-School SUPERB juga diberikan satu lagi anugerah tambahan (Anugerah Kelestarian) daripada 6 anugerah tambahan disediakan. ![]()
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ayahanda Tuan Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru Eco-School serta seluruh warga SUPERB atas sokongan, dorongan dan doa yang sentiasa mengiringi perjalanan Eco-School SUPERB.
…
Menimba ilmu dan memperkukuh integrasi teknologi pendidikan demi melangkah ke hadapan.![]()
โAlhamdulillah, telah selesai lawatan penanda aras ke Spectrum International School bagi meneliti amalan terbaik penggunaan Google Workspace for Education dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC). Perkongsian praktikal dan pembudayaan ekosistem digital di sini memberi banyak inspirasi baharu untuk diaplikasikan.![]()
โSesi diteruskan dengan Mesyuarat Pelaksanaan Pre-Google Reference School bersama pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP). Perbincangan strategik ini memfokuskan kepada hala tuju pensijilan, pemerkasaan kapasiti guru, dan pelan tindakan ke arah mencapai pengiktirafan Google Reference School.![]()
โTerima kasih diucapkan kepada Spectrum International School atas sambutan mesra serta BPSBP atas pemilihan SUPERB sebagai projek rintis dan sokongan berterusan dalam memacu transformasi digital sekolah.
…
Kejohanan Ping Pong MSSD 14-16 julai 2026![]()
Keputusan ping pong MSSD : ![]()
Bawah 15 :![]()
Johan : SUPERB MUHAMMAD AAKIF AIMAN BIN ZAINAL![]()
Naib Johan : SUPERB MUHAMMAD ALIF ASYRAF HAIKAL BIN ZAINAL![]()
Bawah 18 : ![]()
Johan : SUPERB MUHAMMAD ALIF ASYRAF HAIKAL BIN ZAINAL![]()
Naib Johan : SUPERB MUHAMMAD AAKIF AIMAN BIN ZAINAL![]()
Tempat Ketiga : SUPERB ZAYD BIN MUHAMMAD IKHWAN ![]()
Perempuan: Penyertaan![]()
………………………….![]()
Wakil Bentong ke MSSP:![]()
1. MUHAMMAD AAKIF AIMAN BIN ZAINAL
2. MUHAMMAD ALIF ASYRAF HAIKAL BIN ZAINAL
3. ZAYD BIN MUHAMMAD IKHWAN
…
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong
added 9 new photos.
1 month ago
๐KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS PAHANG 2026โฝ![]()
Tahniah diucapkan kepada MSSD Bentong U15 atas pencapaian Naib Johan dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSS Pahang 2026 semalam 13 Ogos 2026 di Padang SUPERB ! ๐ฅ๐![]()
Setinggi-tinggi tahniah juga buat 4 orang pemain SUPERB FC yang telah terpilih dan terlibat mewakili MSSD Bentong U15 dan seorang pemain SUPERB FC mewakili U18 ke MSS Pahang 2026. ๐ฅ๐ช![]()
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, barisan pentadbir, guru-guru, barisan jurulatih serta semua pihak yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan doa sehingga pasukan berjaya melakar kejayaan ini.![]()
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada para ibu bapa dan penyokong yang sentiasa hadir memberikan semangat kepada para pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Sokongan anda menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan.![]()
Pengalaman, usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan. Teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.![]()
Tahniah & syabas!
SUPERB FC โ Proud of You! ๐โฝ๐![]()
#MSSPahang2026 #MSSP2026 #MSSDBentong #SUPERB #SUPERBFC #BolaSepak #NaibJohan
…
๐บ MAJLIS AGIHAN KAIN BATIK PAHANG 1ST WARGA GURU SUPERB ๐บ![]()
๐Alhamdulillah ,sesi penyerahan Kain Baju Batik Pahang kepada semua guru dilaksanakan pada hari ini 11 Ogos 2026 oleh AJK Kelab Warga Superb ( KWS)![]()
๐Sumbangan eksklusif ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam memperkasakan identiti korporat dan jati diri penjawat awam Pahang![]()
๐Terima kasih YAB Dato' Sri Diraja Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat perpaduan dan kecemerlangan warga#Pahang1st##adabdulubaruilmul#superbmelangkauikecemerlanganduniadanakhiratdanakhirat
…
๐KEJOHANAN BOLA TAMPAR U15 TERTUTUP PAHANG 2026๐![]()
8 Ogos 2026
๐ Dewan Serbaguna, Kampung Perting![]()
๐Pencapaian:
Perempuan – KETIGA๐ฅ
Lelaki – Penyertaan![]()
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, para pentadbir serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang kejohanan ini.![]()
Terima kasih juga kepada jurulatih Cikgu Fadhil, Pengurus Pasukan Ust Izzul, Cikgu Fatiman Aman, Ust Ibrahim dan pihak penganjur serta penyokong terutamanya ibu bapa dan alumni SUPERB yang sentiasa bersama memberi semangat kepada pasukan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.![]()
Moga pengalaman sepanjang kejohanan ini memberi manfaat dan menjadi pembakar semangat buat para pemain untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. ๐ชโจ![]()
#opengame #bolatampar #Hazard
…
๐ฒ๐พ MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-69 PERINGKAT SMAP BENTONG (SUPERB) ![]()
Isnin (10/8/2026)![]()
Hari ini menandakan bermulanya kibaran megah Jalur Gemilang di bumi bertuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong. Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah hari ini, seluruh warga SUPERB dijemput untuk bersama-sama menyemarakkan lagi rasa cinta, taat setia, dan patriotisme terhadap tanah air tercinta.![]()
Bersama kita doakan agar bumi Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati, dan terus aman makmur di bawah lindungan Allah SWT.![]()
"SUPERB Unggul Pencetus Reformasi Berintegriti"![]()
#SUPERBUnggul #SMAPBentong #BulanKemerdekaan2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #SatuRumahSatuJalurGemilang
…
๐๐๐๐๐๐๐!!![]()
Isnin (10/8/2026)![]()
Berikut merupakan murid-murid yang telah khatam 30 juzuk pada bulan Julai. Semoga diberikan kekuatan ingatan dan kelancaran lidah untuk terus mengulang al-Quran. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan terima kasih semua guru yang mendidik.
…
2 months ago
๐๐๐ฆ ๐๐ฎ๐๐๐๐ณ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ง๐ญ ๐๐๐๐![]()
2/8/2026 (Ahad)![]()
Assalamualaikum WBT.![]()
ุงูุญู
ุฏ ููู ุซู
ุงูุญู
ุฏ ููู ๐คฒ![]()
Alhamdulillah, Kem SPRINT Siri 1 (30 Julai โ 2 Ogos 2026) telah melabuhkan tirainya. Semoga segala ilmu, hafazan, disiplin dan ukhuwah yang diperoleh sepanjang kem menjadi bekalan yang bermanfaat buat semua peserta.![]()
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Muhammad Joha (Pengetua), barisan pentadbir, guru-guru, JK Klinik Hifz, urus setia serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.![]()
Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa atas doa dan sokongan yang berterusan.![]()
Semoga setiap usaha dan pengorbanan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.![]()
Tahniah kepada semua peserta dan jazakumullahu khairan jazaโ. โจ
…
