AKTIVITI SENAMROBIK (PAHANG MOVE) SEMPENA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH BENTONG 2026 ![]()
π
Tarikh: 9 Oktober 2026
π Tempat: Kelas![]()
Aktiviti senamrobik Pahang Move telah dilaksanakan sempena Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Bentong 2026. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah.![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SUPERB atas sokongan, bimbingan dan kerjasama yang diberikan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program ini.![]()
Semoga aktiviti sebegini dapat menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian.![]()
#hsn2026pahangmove
…
π MAJLIS GRADUASI KALI KE-13 SM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG 2026 π![]()
Alhamdulillah, Majlis Graduasi Kali Ke-13 SM Agama Persekutuan Bentong telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Al-Zahrawi.![]()
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang diraikan pada hari ini. Semoga Majlis Graduasi ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah, seterusnya menjadi insan berilmu, berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoβ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan, atas kesudian merasmikan majlis ini dan sokongan yang diberikan kepada warga sekolah.![]()
Penghargaan turut dirakamkan kepada barisan pentadbir sekolah atas kepimpinan, sokongan dan komitmen dalam menjayakan majlis ini, serta para ibu bapa atas kepercayaan, dorongan dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam mendidik serta membimbing anak-anak menuju kejayaan.![]()
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi Kali Ke-13, para guru, staf dan semua pihak yang telah mencurahkan tenaga, masa serta komitmen bagi memastikan kelancaran dan kejayaan majlis ini.![]()
Semoga segala usaha, pengorbanan dan sumbangan semua pihak mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. Mudah-mudahan kejayaan yang diraikan pada hari ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.![]()
Tahniah kepada semua pelajar! Terus melangkah dengan ilmu, iman dan kecemerlangan.![]()
SM Agama Persekutuan Bentong β Adab dulu, baru ilmu!![]()
#SMAPBentong #MajlisGraduasiKe13 #Graduasi2026 #KecemerlanganPelajar #PendidikanMadani
…
PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) ZON TENGAH 2026 ![]()
π
Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
β° Masa: 8.00 pagi β 4.30 petang
π Tempat: SM Sains Kuala Selangor
π₯ Sasaran: 16 orang peserta Tingkatan 2, 3 dan 4![]()
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian dan kejayaan yang telah diraih oleh anak-anak SUPERB dalam Pertandingan Karnival Pendidikan Kerjaya SBP Zon Tengah 2026.![]()
ποΈ KEPUTUSAN PERTANDINGAN:![]()
π₯ TikTok Energizer β Anugerah Emas![]()
π₯ Video Eksplorasi Kerjaya β Anugerah Perak![]()
π₯ Infografik Kerjaya β Anugerah Perak![]()
π₯ Inovasi Bimbingan dan Kaunseling β Anugerah Gangsa![]()
π₯ Video Resume β Anugerah Gangsa![]()
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, komitmen, kreativiti dan semangat juang yang tinggi. Sepanjang proses menyiapkan tugasan, anak-anak telah berdepan dengan pelbagai cabaran, namun tetap berusaha memberikan yang terbaik.![]()
Walaupun tidak semua pertandingan memperoleh Anugerah Emas, pengalaman, ilmu, kemahiran dan keberanian yang diperoleh merupakan satu pencapaian dan pengalaman yang amat bermakna serta menjadi bekalan berharga untuk masa hadapan.![]()
π Tahniah anak-anak SUPERB!![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan barisan pentadbir atas sokongan padu, para guru atas bimbingan dan komitmen tanpa jemu,
serta ibu bapa yang sentiasa menitipkan doa, dorongan dan sokongan buat anak-anak.![]()
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.![]()
βAdab Dulu, Baru Ilmuβ![]()
#SMAPBentong
#KarnivalPendidikanKerjayaSBP
#SBPZonTengah2026
#UnitBimbinganDanKaunselingsuperb
…
Isnin (5/10/2026) ![]()
Untuk makluman,PPIM SUPERB telah menyertai Pertandingan Karnival Puteri Islam Daerah Bentong secara atas talian.![]()
π Tarikh: Ogos 2026![]()
Keputusan Peringkat Daerah![]()
1) Nasyid: Tempat Kelima
16 murid tingkatan 5![]()
2) Video Korporat PPIM: Tempat Keempat
2 murid tingkatan 5 dan 8 murid tingkatan 3![]()
3) Tik Tok Adab Menghormati Orang Tua: Tempat Ketiga
5 murid Tingkatan 2![]()
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua, barisan pentadbir, guru-guru PPIM serta seluruh warga SUPERB yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.
…
Isnin (5/10/2026)![]()
Untuk makluman, 9 orang murid tingkatan 3 SUPERB telah menyertai satu pertandingan anjuran ASWARA, iaitu:![]()
PERTANDINGAN TEATER PENDEK CITRA PERWIRA (PETRA) FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA 2026![]()
Tarikh: 2-3 OKTOBER 2026
Tempat: KAMPUS AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN![]()
π Alhamdulillah, peserta SUPERB telah mempersembahkan teater pendek bertajuk Nujum Pak Belalang dan telah mendapat tempat ke-5 πππ![]()
πΉ Sekalung penghargaan buat ayahanda pengetua, para pentadbir, ketua bidang bahasa, guru-guru dan semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.![]()
π» Semoga dengan penyertaan ini, murid-murid akan terus bersemangat untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan skrip dan lakonan.
…
ALHAMDULILLAH β SUPERB TV![]()
2/10/2026 (Jumaat)![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Senator Datoβ Sri Zaini bin Salleh atas keprihatinan dan sokongan dalam mengangkat permohonan SMAP Bentong (SUPERB) kepada YAB Menteri Besar Pahang, Datoβ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Salleh, bagi merealisasikan pembangunan SUPERB TV.![]()
Alhamdulillah, permohonan tersebut telah diluluskan dan penyerahan cek telah dilaksanakan pagi ini. ![]()
Semoga dengan kelulusan ini, SUPERB TV dapat menjadi wadah untuk mengetengahkan kreativiti, bakat dan kejayaan warga SUPERB, di samping memperkukuh komunikasi serta penyampaian informasi sekolah.![]()
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga segala usaha ini menjadi amal yang memberi manfaat kepada anak-anak SUPERB dan seluruh warga sekolah.![]()
SUPERB Melangkaui Kecemerlangan Dunia dan Akhirat.
…
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada peserta PRS yang telah menyertai Simposium Pembimbing Rakan Sebaya SBP Kebangsaan 2026 yang berlansung pada 24 – 27 September di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) dengan penuh komitmen, semangat dan dedikasi. Sepanjang simposium, peserta telah berjaya membentangkan Amalan Terbaik SAFE β Sudut Akasia Lestari, sebagai satu inisiatif dalam mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang selamat serta menyokong kesejahteraan murid.![]()
Kesungguhan, kerjasama dan usaha yang ditunjukkan telah membuahkan hasil apabila SAFE β Sudut Akasia Lestari berjaya meraih Anugerah Emas dalam simposium tersebut. ![]()
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ayahanda Pengetua, PK HEM, barisan pentadbir, guru-guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan penyertaan ini.![]()
Tahniah & Syabas, SUPERB!
#SBPSafe
…
πJEMPUTAN KE SUPERBβS OPEN DAY 2026!π![]()
πΊ TEMA: WARISAN BUDAYA ![]()
π
Sabtu, 3 Oktober 2026
β° 7.30 pagi β 10.30 malam
π SM Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)![]()
Ayuh meriahkan SUPERBβS OPEN DAY 2026 β Hari Terbuka Asrama & Hari Koperasi bersama keluarga! π€©
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
π Gerai Jualan & Soopa Doopa
π¬ Tayangan Filem
πͺ Permainan Tradisional
π¨ Pameran Kraf
π₯ Pemeriksaan Kesihatan
π¦· Pemeriksaan Gigi
π©Έ Derma Darah
π Pertandingan Ibu Bapa & Alumni
π« Lawatan Asrama
π Kids Corner
π° Mini Zoo
β¨ Dan pelbagai lagi aktiviti menarik!![]()
π³ Transaksi pembelian hanya menggunakan KUPON. ![]()
π’ Bawa keluarga dan datang beramai-ramai untuk memeriahkan SUPERBβS OPEN DAY 2026!
πΊ βMenyusuri Warisan, Menghayati Budayaβ πΊ
SEMUA DIJEMPUT HADIR! π
…
Selamat datang & selamat menjadi warga SUPERB buat tiga orang guru baharu yang telah melapor diri pada hari ini 28 September 2026.![]()
Selamat menjalankan amanah, menyumbang bakti dan mencipta memori bersama.![]()
#adabdulubaharuilmu
#superbmelangkauikecemerlanganduniadanakhirat
…
NADWAH KEPIMPINAN ISLAM (NKI)
SBP ANTARABANGSA 2026![]()
Alhamdulillah, dua orang wakil SUPERB telah menyertai Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) SBP Antarabangsa 2026 yang berlangsung pada 21β25 September 2026 di SBP Integrasi Gopeng, Perak.![]()
Mereka telah diberi tanggungjawab menyiapkan Modul Amalan Terbaik PRO-NAWAFIL serta melaksanakan Pembentangan Duo Daie BADAR.![]()
Syukur, kedua-dua acara berjaya meraih ANUGERAH EMAS.![]()
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh ahli BADAR untuk terus berkembang dalam kepimpinan, mengamalkan ilmu yang diperoleh serta meneruskan kesinambungan pengalaman tersebut dalam membina suasana asrama yang lebih baik di SUPERB.![]()
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ayahanda Pengetua, PK HEM, barisan pentadbir, guru-guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan penyertaan ini.![]()
Tahniah & Syabas, SUPERB!
…
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SUPERB atas kejayaan memperoleh penarafan CEMERLANG dalam Audit Kewangan Sekolah dengan markah 98.48![]()
Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi warga SUPERB dalam memastikan pengurusan kewangan yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.![]()
Tahniah semua warga SUPERB!
…
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE SUPERB![]()
Rabu (23/9/2026)![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada rombongan wakil maahad-maahad tahfiz Yayasan Islam Kelantan yang hadir ke SUPERB atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta menjalin hubungan yang bermakna.![]()
Kehadiran dan sokongan daripada pihak delegasi amat kami hargai. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat, perkongsian ilmu dan jaringan strategik pada masa akan datang.![]()
Terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan SUPERB
…
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong
added 34 new photos.
3 weeks ago
πβ½ MCKK INTERNATIONAL FOOTBALL 7βS CHAMPIONSHIP 2026 β½ππ₯![]()
Alhamdulillah, sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan SUPERB FC atas penyertaan dalam MCKK International Football 7βs Championship 2026 pada 10-13 September 2026 di EV Arena Elmina, Shah Alam.![]()
SUPERB telah menghantar 3 pasukan bagi menyertai kejohanan ini, terdiri daripada 1 pasukan U14 dan 2 pasukan U16.![]()
Alhamdulillah, salah satu pasukan SUPERB FC U16 berjaya melakar kejayaan sebagai NAIB JOHAN KATEGORI PLATEπ₯ππ»![]()
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Ustaz Joha, PK Kokurikulum Cikgu Aizasharizam, barisan pentadbir, guru-guru, barisan jurulatih yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan kepercayaan kepada para pemain sehingga berjaya melakar kejayaan ini.![]()
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada para ibu bapa dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan, semangat dan doa kepada pasukan SUPERB FC sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga ukhuwah yang terjalin antara ibu bapa, barisan jurulatih dan anak-anak SUPERB FC terus erat, diberkati Allah SWT serta kekal sejahtera selamanya. π€β½![]()
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SUPERB FC untuk terus melangkah lebih jauh, memperbaiki kelemahan, mengekalkan momentum kecemerlangan dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.![]()
#SUPERBFC #ProudToBeSUPERB #NeverGiveUp #WeAreSUPERB β½ππ₯
…
πβ¨ TAHNIAH DAN SYABAS! β¨π![]()
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada barisan Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) SUPERB atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. ππ![]()
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas dedikasi, komitmen, kesungguhan dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah demi memastikan kualiti pendidikan terus diperkasa.![]()
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga SUPERB. π![]()
Tahniah atas pencapaian yang membanggakan!
Terus melangkah demi kecemerlangan pendidikan dan generasi madani. π²πΎπ![]()
#tahniah #anugerahperkhidmatancemerlang #APC2025 #gurusuperb #akpsuperb #wargasuperb #kecemerlangan #pendidikan #GenerasiMADANI
…
MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD 2026 MIYIO![]()
Tarikh: 17-20 SEPTEMBER 2026
Tempat: MIDTOWN PERDA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Kategori: Sekolah Menengah![]()
Maklumat pencapaian SM Agama Persekutuan Bentong adalah seperti berikut;![]()
1 Anugerah EMAS
2 Anugerah PERAK
1 Anugerah GANGSA![]()
Pasukan 1- RESQ-MESH
π₯Anugerah Emas
Ahli Kumpulan:
1. NUR INSYIRAH IZZATI BINTI AZMAN
2. NUR AISHA IYLIA BINTI BADRUL HISHAM
3. NUR AQILAH MAISARAH BINTI MOHD SUKRI![]()
Pasukan 2- SOILVATION
π₯ Anugerah Perak
Ahli Kumpulan:
1. AMNI HAFIYYA BINTI AHMAD ZAIRAZI
2. NURUL ADNI ZAYYAN BINTI ZAINUDIN
3. NUR AINEEN SOFEYA BINTI KHAIRI NAJMI![]()
Pasukan 3- AGRIGUARDIAN
π₯ Anugerah Perak
Ahli Kumpulan:
1. ADLINA HANANI BINTI AHMAD RIDHWAN
2. YASMIN HUMAIRA BINTI MOHAMMAD FAEZAL
3. MUHAMMAD A'QIL ZAKWAN BIN MUHAMMAD ZAKI![]()
Pasukan 4- BIEC-VENT
π₯Anugerah Gangsa
Ahli Kumpulan:
1. HADIF IRSYAD BIN JAMIL
2. ADAM MUKHLIS BIN AZARAIN
3. AARIZ HASSAN BIN MOHD HAFIZ![]()
Tahniah & syabas buat murid yg memperoleh anugerah serta guru mentor setiap kumpulan. ![]()
Terutama buat Cikgu Hawa yang banyak memberikan sumbangan masa dan tenaga sepanjang murid menyiapkan projek mereka.![]()
Juga setinggi penghargaan & terima kasih kepada Tuan Pengetua, barisan pentadbir, guru Inovasi Ustaz Habib dan Cikgu Jannah serta Cikgu Azra yg sudi mengiringi murid ke Pulau Pinang.![]()
Semoga SUPERB terus sukses dalam bidang Inovasi pada masa akan datang.
…
π KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 16 TAHUN PIALA PENGETUA SMA PELANGAI 2026 π![]()
π
19 September 2026
π Kompleks Sukan Komuniti Simpang Pelangai![]()
π Pencapaian: Berjaya mara ke peringkat suku akhir![]()
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Tuan Pengetua, barisan pentadbir serta guru-guru atas segala sokongan dan doa sepanjang kejohanan ini.![]()
Terima kasih juga kepada jurulatih Cikgu Fadhil, Pengurus Pasukan Ustaz Izzul, Cikgu Fatimah Aman, Ustaz Ibrahim, pihak penganjur serta para penyokong khususnya ibu bapa dan alumni SUPERB yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan.![]()
Penghargaan khas buat Muhammad Abdul Baqi atas komitmen, kepimpinan dan sumbangan besar sepanjang latihan serta persediaan pasukan. Walaupun tidak dapat bersama pada hari kejohanan atas komitmen lain, jasa dan usaha Baqi tetap amat kami hargai. π€π»π![]()
Walaupun langkah terhenti di suku akhir, semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat buat para pemain untuk terus berusaha dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. πͺπ»β¨![]()
Tahniah dan syabas buat semua pemain! ππ₯![]()
#opengame #bolatampar #Hazard
…
π πππππππ πππππ ππππ πππππππ! π![]()
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pencapaian cemerlang SMAP Bentong dalam Majlis Anugerah Pencapaian Sekolah Berasrama Penuh 2025.
Pencapaian ini bukan sekadar angka dan anugerah, tetapi merupakan hasil kerja berpasukan, kesungguhan, doa dan komitmen seluruh warga SUPERB.![]()
π Tahniah dan penghargaan buat barisan guru yang terus mendidik dengan penuh dedikasi,
π Warga AKP yang sentiasa memastikan urusan sekolah berjalan lancar,
π Pekerja-pekerja swasta yang turut menyumbang tenaga dan khidmat terbaik,
π Ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan doa,
π Serta paling istimewa, anak-anak SUPERB yang hebat kerana telah memberikan komitmen, kesungguhan dan usaha yang tinggi sehingga mengharumkan nama sekolah.![]()
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Setiap usaha, sekecil mana pun, telah menyumbang kepada pencapaian yang membanggakan ini.![]()
Tahniah warga SMAP Bentong!![]()
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan tawakal.![]()
SUPERB Melangkaui Kecemerlangan Dunia dan Akhirat. ππ
…
Assalamualaikum, ![]()
ππ₯ Tahniah dan syabas diucapkan buat peserta SUPERB mewakili daerah Bentong, iaitu ANIS HABRIYAH BINTI MUHAMMAD FAHMIRAUF (3IM) yang telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Pahang 2026 Kategori SMBM baru-baru ini.![]()
π»π» Pencapaian ini telah melayakkan Anis Habriyah untuk mewakili negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan.![]()
πΉ Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Pengetua atas kata-kata semangat yang telah diberikan, para pentadbir, GKMP Bahasa, JK NILAM, guru-guru BM, teknikal SUPERB dan semua guru yang telah mendoakan serta memberi kebenaran buat murid ini untuk menghadiri sesi latihan. Mohon doa semua buat peserta sekolah kita untuk peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan..![]()
Terima kasih semua π€²
…
Seluruh warga SUPERB mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua alumni Batch Al-Abqori yang berjaya mendapat tajaan biasiswa pendidikan untuk menyambung pengajian di peringkat seterusnya!![]()
Semoga terus berjaya dalam menempuh perjalanan ilmu, mencapai kecemerlangan dan menggapai cita-cita yang diimpikan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada Batch SPM seterusnya untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ![]()
Tahniah dan selamat maju jaya buat semua alumni SUPERB! πβ¨
…
Photos from Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong's post
…
π· SETULUS PENGHARGAAN & JUTAAN TERIMA KASIH π·![]()
PROGRAM KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHAP SULONG SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2026![]()
π
9 β 12 September 2026 (Rabu β Sabtu)![]()
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.![]()
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Tirai program dilabuhkan dengan penuh rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang masa, tenaga, komitmen dan kerjasama.![]()
Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Agama Persekutuan Bentong, selaku penyelaras program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SUPERB, khususnya Tuan Pengetua dan PK HEM, atas sokongan, kepercayaan dan bimbingan yang diberikan.![]()
π Penghargaan istimewa kepada:
EN. MOHD FAZLY BIN MUSTAPHA
Ketua Penolong Pengarah, Unit Kepemimpinan, Bantuan Disiplin dan Kaunseling, BPSBP
atas kesudian merasmikan program serta menyampaikan amanat kepada para peserta.![]()
EN. MOHAMAD RIDZWAN BIN ALI
Penolong Pengarah, Unit Kepemimpinan, Bantuan Disiplin dan Kaunseling, BPSBP
atas bimbingan, panduan dan sokongan kepada pihak tuan rumah dan GBK Zon Tengah.![]()
π· Jutaan terima kasih kepada seluruh Guru Bimbingan dan Kaunseling serta fasilitator Majlis Guru Kaunseling Zon Tengah atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program.![]()
π Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar dan warga sekolah Daerah Bentong yang telah menerima dan memberikan kerjasama dalam pelaksanaan Program OPTIMA PRS:
β’ SK Sungai Dua
β’ SK Bukit Piatu
β’ SK Lebu
β’ SK Sulaiman
β’ SK Felda Kampung Sertik
β’ SK Sungai Marong
β’ SK Felda Lurah Bilut
β’ SK Tuanku Fatimah
β’ SK Karak
β’ SK Mempaga 1
β’ SK Mempaga 2
β’ SK Lentang![]()
π· Tidak dilupakan, penghargaan buat Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah yang menjadi penghubung, penggerak dan antara tulang belakang dalam menjayakan Program OPTIMA PRS.![]()
π· Akhir sekali, setulus penghargaan buat seluruh Jawatankuasa Kerja dan warga SUPERB yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala usaha, masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan amat kami hargai.![]()
π TAHNIAH & SYABAS!![]()
Tahniah kepada semua peserta PRS daripada 15 buah sekolah, SBP Zon Tengah yang telah menyertai program ini dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen.![]()
Semoga pengalaman, ilmu dan nilai kepemimpinan yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus menjadi pemimpin rakan sebaya yang berintegriti, beradab dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.![]()
Mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang program berlangsung. Semoga segala jasa dan pengorbanan semua pihak mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.![]()
Barakallahu fiikum. Jazakumullahu khairan kathira. π€²π»![]()
π· Terima kasih atas segala-galanya.
π· Daripada kami, warga tuan rumah SUPERB.![]()
βAdab Dulu, Baru Ilmuβ
SM Agama Persekutuan Bentong
…
PROGRAM KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP SULONG SEKOLAH BERASRAMA PENUH, PERINGKAT ZON TENGAH![]()
π
9β12 September 2026 (RabuβSabtu)![]()
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.![]()
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah tugasan 4 hari 3 malam, dan hari ini tirainya dilabuhkan.![]()
Pelbagai cabaran dan rintangan telah kita lalui, namun dengan kerjasama, kebersamaan dan komitmen yang padu, akhirnya amanah ini berjaya kita laksanakan dengan baik.![]()
Unit Bimbingan dan Kaunseling selaku penyelaras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan pentadbir, khususnya Tuan Pengetua dan PK HEM, atas sokongan, kepercayaan, dan bimbingan yang diberikan.![]()
Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Jawatankuasa Kerja yang telah mencurahkan masa, tenaga dan komitmen demi memastikan program ini berjalan lancar.![]()
Penghargaan juga buat Warden, CC, Penyelia Asrama, Pembantu Tadbir, Pemandu SUPERB, Pengawal Keselamatan, Team Pekerja Kebersihan,Team Kantin serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan semua yang dirancang berjaya dilaksanakan.![]()
π€ Warga SUPERB memang hebat dan AWESOME!
Tanpa kalian, tidak mungkin program ini berjaya dilaksanakan.![]()
Semoga segala usaha, penat lelah dan pengorbanan kita semua menjadi amal yang bernilai di sisi Allah SWT dan mendapat ganjaran sebaik-baiknya.![]()
Jazakumullahu khairan kathira.
π· Terima kasih semua warga SUPERB π·
…
PAMERAN DAN PERSEMBAHAN SEMPENA PERTANDINGAN AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-51 DAN HARI KEBITARAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2026![]()
Tarikh: 8-9 September 2026
Tempat: Universiti Multimedia, Cyberjaya![]()
Assalamualaikum wbt. ![]()
Alhamdulillah, SUPERB rasa bertuah apabila terpilih menyertai Pameran dan Persembahan sempena Bahas Piala Perdana Menteri kali ke-51 dan Hari Kebitaraan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2026 di Universiti Multimedia, Cyberjaya pada 8-9 September 2026.
SUPERB mempamerkan kejayaan anak-anak SUPERB dan menonjolkan pembelajaran secara interaktif serta berinpak tinggi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh atas kepercayaan yang diberikan kepada SUPERB. Terima kasihππβ¨
…
πππππππ!!![]()
Rabu (9/9/2026)![]()
Berikut merupakan murid-murid yang telah khatam 30 juzuk pada bulan Ogos. Semoga diberikan kekuatan ingatan dan kelancaran lidah untuk terus mengulang al-Quran. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan terima kasih semua guru yang mendidik.
…
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Umar Hakim bin Zulkarnain atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Kejohanan MSSM 2026 bagi kategori Optimist B15! ππ![]()
Satu pencapaian yang membanggakan hasil daripada usaha, disiplin, semangat juang dan ketekunan. Teruskan berlatih, teruskan melangkah dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.![]()
Tahniah Umar! Kami bangga dengan kejayaanmu.
β΅πͺ Terus belayar menuju kejayaan!
…
